Dewasa kini, semakin ramai memiliki gajet-gajet hebat seperti ipod touch, iphone, henset serba canggih, kamus elektronik dan sebagainya yang mampu memuatkan perisian kamus terkini.
Namun, untuk golongan pelajar medik yang lebih selesa dengan cara lama iaitu menyelak buku dan muka surat satu persatu bagi mencari maksud istilah medik yang agak asing seperti saya, saya ingin menyarankan beberapa kamus untuk dijadikan rujukan bersama.
Setelah melakukan beberapa culaan, saya mendapati seniors, dan rakan-rakan, baik mereka yang belajar medik di dalam atau di luar negara, rata-ratanya menggunakan kamus Dorlands dan Stedman's sebagai teman karib mereka dalam mengulangkaji pelajaran.
Saya sebagai pengguna selama hampir empat tahun kamus Dorland's .
Saya telah memiliki pocket dictionary yang padat, dan kamus yang besar ini yang memaparkan banyak gambar untuk kefahaman .
Stedman's yang turut menjadi pilihan pelajar-pelajar perubatan
Apa pun, terserah kepada masing-masing. Memang tidak dinafikan, mencari maksud istilah medik melalui Google lebih mudah dan menjimatkan masa. Ini sekadar cadangan dan perkongsian :)
p.s: Entri pertama di sini. Maaf kerana ke 'skema'an ayat
0 comments:
Post a Comment